Di Malaysia, aktiviti
perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini,
selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu,
perniagaan Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah
terdapat juga syarikat kecil yang menjalankan perniagaan Internet, walaupun
mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini
menunjukkan bahawa perniagaan Internet semakin mendapat sambutan hangat . Pada
zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa sempadan ini, internet
menjadi salah satu kewajipan yang perlu ada di setiap rumah.Jelas bahawa trend
ke arah komunikasi berbentuk jaringan boleh dilihat di Malaysia apabila semakin ramai yang
menggunakannya media baharu yang baharu ini.
Dengan kadar penembusan jaringan sosial di
Malaysia yang agak tinggi dan masa yang diluangkan oleh setiap pengguna, iaitu
antara satu hingga dua jam, malah ada yang melebihi dua jam pada satu-satu sesi
log masuk atau sehingga 20 jam seminggu, ini menunjukkan masyarakat di Malaysia
sama seperti yang dialami di peringkat global mengalami transisi dalam bentuk
komunikasi atau interaksi sosial mereka yang menyaksikan pembentukan masyarakat
jaringan dengan meluasnya penggunaan jaringan sosial dalam talian yang
merupakan salah satu platform media sosial hasil daripada perkembangan
teknologi media baharu yang sentiasa berubah.
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka
meningkat kepada 25 juta orang pada 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012,
demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian
Kewangan. Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula
meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar
penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta
langganan. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di
Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam
talian di Malaysia hamper mencecah RM5 bilion pada 2014 berbanding RM1.8 bilion
pada 2010.
Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga
negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan
lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan
dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam
talian. Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi
dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut
laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam
talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
Perdagangan elektronik (E-dagang) dijangka terus
mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan walau berhadapan ketidak tentuan
ekonomi dengan unjuran bakal melebihi RM1.9 bilion di Malaysia menjelang 2016,
menurut kaji selidik Euromoney.Pada 2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam
talian berjumlah RM842 juta. Laporan global yang dikeluarkan JP Morgan pada
2011 menunjukkan perolehan e-dagang di seluruh dunia dijangka mencecah AS$963
juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini. Berdasarkan maklumat daripada Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno berkata, tinjauan
hadapan yang positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia
memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran
tempatan.
Kita menyaksikan potensi yang besar dalam pasaran
e-dagang di Malaysia dengan pengembangan sektor ini disokong oleh penggunaan
Internet serta inovasi teknikal yang telah mengubah hubungan penjual dan
pembeli. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, terdapat lima trend utama yang
dijangka berlaku dan membentuk masa hadapan perbelanjaan dalam talian di
seluruh dunia. Sehingga tahap mana perniagaan di Malaysia menerima trend
tersebut bakal membentuk kemampuan mereka dalam memaksimumkan pengembangan
industri e-dagang tempatan,'' katanya.
Tambah Ueno, trend-trend tersebut termasuk semakan
pencarian dalam talian akan diterjemah kepada pembelian, peniaga-peniaga kecil
akan menggunakan saluran mudah alih, dagangan tablet akan membuka pengalaman
dalam talian yang baru, lebih banyak orang akan menggunakan rangkaian sosial
untuk membeli belah dan model penghantaran tempatan lebih fleksibel akan
membuat pelanggan lebih setia.
Industri e-dagang global telah mengalami era
menarik dengan evolusi pantas dan inovasi teknologi. Peningkatan peralatan
mudah alih telah membuka ruang baru dan menarik untuk peruncit untuk mendekati
pelanggan mereka. Ia juga menggalakkan untuk melihat rakyat Malaysia adalah
bersemangat untuk menggunakan inovasi mudah alih yang menunjukkan kematangan
pengguna tempatan, jelasnya.
Ueno berkata, pihaknya optimistik pasaran akan
terus berubah dengan integrasi inovasi lebih kreatif dalam peralatan mudah alih.
Trend-trend tersebut akan dimanfaatkan oleh perniagaan di Malaysia, dan ia akan
merangsang dan membentuk pasaran e-dagang yang merupakan pertumbuhan kritikal
untuk ekonomi.
No comments:
Post a Comment