Pages

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL





Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.

Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.

Salah satu perantara perniagaan yang paling banyak digunakan adalah blog, blog dikatakan bermula dari era tahun 1990 lagi dengan aplikasi-aplikasi tertentu seperti board perbincangan (forum). Bermula daripada aplikasi tersebut maka lahirlah aplikasi blog yang dikenali sebagai online jurnal atau online diary dalam sekitar tahun 1994-2001. Dalam tahun 2001-2004, blog banyak digunakan untuk penulisan mengenai isu semasa terutama politik. Perubahan atau wujudnya perisian-perisian blog yang mudah untuk digunapakai menyebabkannya digunakan secara meluas di dalam penyampaian sesuatu berita atau informasi.
                                                           
Penggunaan blog yang pada asalnya lebih bersifat peribadi kini telah diadaptasikan untuk perniagaan, menjana pendapatan dan sebagai satu fungsi pemasaran yang berkesan. Secara amnya kini blog berupaya menjadi satu medium untuk membina kredibiliti, menunjukkan kepakaran usahawan, tempat mempromosi produk atau servis dan berinterasi dengan pengguna atau pelawat. Blog kian popular bagi individu yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan dan membantu mereka dalam mempromosi dan memperkenalkan produk mereka sehingga ke seluruh pelosok dunia

Blog perniagaan yang diwujudkan akan merintis kemungkinan sesebuah perniagaan kecil dengan peluang untuk berkongsi kepakaran, pengetahuan malah dengan pasaran dan khalayak yang lebih besar terutamanya melibatkan peringkat global. Hal ini amat bermanfaat untuk perunding dan pekerja berpengetahuan dalam usaha menjadikan sesebuah industri lebih berdaya saing. Perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman sosial.
Selain blog, Facebook juga merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini (Iskandar 2010) yang digunakan dalam teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Iskandar,2010). Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh memaparkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi. 

Facebook turut menjadi perantara penting dalam perniagaan tidak dinafikan Facebook adalah sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Biasanya mereka yang berniaga akan memasukkan produk-produk terbaru dalam bahagian utama Facebook untuk paparan semua. Setiap produk yang terbaru dan promosi-promosi produk boleh dipaparkan di laman utama Facebook ini.

Dengan kemampuan ini, penyebaran berkenaan perniagaan dan produk-produk jualan ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan usahawan akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu produk yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman Facebook mereka. Ia mudah untuk mendapatkan sasaran pasaran. Oleh itu, apabila usahawan ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, ianya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan usahawan berkenaan. 

Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat maklumat terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas dikemaskini melalui laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

    No comments:

    Post a Comment