- Kurang Interaksi Sosial -
Kebanyakkan
perniagaan dalam talian dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan ini
memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial seperti yang
berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat. Hampir kesemua komunikasi talian
perniagaan ini dilakukan dengan menggunakan email, IM, skpe, dan facebook dan
keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan
yang melibatkan pertentangan mata.
- Memerlukan Kemahiran Komputer Dan Teknologi Maklumat -
Sudah tentu anda memerlukan
kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat jika mahu menceburi
bidang perniagaan dalam talian ini. Usahawan perlu mempelajari kemahiran
berkenaan terlebih dahulu sebelum dapat mengendalikan talian pernigaan.
Sekiranya tidak mahir ia agak sukar untuk seseorang usahawan untuk
mempraktikkan perniagaan secara talian.
- Sukar Mendapat Kepercayaan Dari Pembeli -
Untuk maju dalam perniagaan melibatkan talian (online), usahawan perlu
mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan terlebih dahulu. Usahawan perlu
yakinkan mereka mengenai produk yang ditawarkan
serta meyakinkan mereka mengenai keselamatan wang mereka. Memang sudah menjadi
norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan membuatkan mereka berfikir tiga
empat kali sama ada mahu membeli atau tidak. Ramai pengguna yang masih takut
untuk membelanjakan duit mereka secara online. Ia sangat berbeza dengan
membelanjakan duit di kedai-kedai biasa.
- Kurang Dikenali Pengguna Offline -
Walaupun bilangan pengguna internet kian
meningkat saban hari, namun jumlah mereka yang tidak menggunakan atau kurang
menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi apabila usahawan mempunyai
perniagaan dalam talian yang hanya beroperasi secara online, ianya sukar
mendapat pengiktirafan dari pengguna offline.
- Keselamatan Data -
Untuk melakukan transaksi online ketika membuat pembelian barangan,
sesuatu laman web itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat peribadi
yang lain untuk disimpan dalam data pelanggan perniagaan yang beroperasi melalui
laman web tersebut. Walaupun terdapat polisi keselamatan data yang menjamin
bahawa maklumat peribadi tidak akan dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah
sebenarnya maklumat itu terbongkar melalui aktiviti 'hacking' yang dilakukan
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sekarang ini sering sahaja berlaku.
Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan data sesebuah laman
web dan para hacker itu akan mencuri data-data pengguna laman web tersebut.
Data yang biasa mereka curi ialan senarai email dan maklumat akaun bank atau
kad kredit.
- Kesahihan Maklumat -
Maklumat
yang tepat dan sahih penting bagi memastikan tidak akan berlakunya pemalsuan
fakta. Semua maklumat yang diterima haruslah dipastikan dahulu kebenarannya.Hal
ini berikutan kerana banyak maklumat yang dipaparkan di dalam media sosial
tidak benar dan hanya untuk tujuan publisiti sahaja. Selain itu, ada antara
maklumat yang disampaikan oleh seseorang individu itu hanya bertujuan untuk
mengelirukan pengguna. Ada juga kes yang melibatkan produk-produk perkhidmatan
yang dijual di talian sebenarnya tidak wujud dan ini sering berlaku kepada
pelanggan-pelanggan sekiranya tidak mendapatkan maklumat yang sahih sebelum
pembelian dibuat. Oleh yang demikian, hal ini memberikan cabaran yang amat
besar dalam proses penyebaran maklumat melalui media sosial ini.
- Kerenah Pelanggan -
Peniaga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan. Sebagai contohnya, walaupun Malaysia semakin meningkat maju,
terdapat banyak lagi anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi
maklumat. Usahawan juga terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering
tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat
pilihan melalui iklan dalam Internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan impak
kepada usahawan yang terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk
menghantar barang yang lain itu semula demi
kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu cerewet dan
menyusahkan peniaga atau usahawan internet. Keadaan ini berlaku kepada usahawan
yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli terpaksa membayar
harga barangan tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar barangan.
Kita ambil contohnya dalam sektor pelancongan, kebanyakan pelanggan membuat aduan bahawa tempat-tempat percutian yang telah ditempah melalui iklan dalam Internet tidak secantik mana, seperti mana yang ditunjukkan melalui iklan dalam Internet. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan, malah mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang kebanyakannya tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.
No comments:
Post a Comment