Pages

SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL





Teknologi pada hari ini terus berkembang. Perkembangannya amat pantas untuk diikuti. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja perisian atau gajet baharu. Media sosial pada abad ini adalah merupakan alat perhubungan komunikasi yang amat penting,tidak dinafikan ianya mempunyai peranan besar samada dalam bidang perhubungan sosial dan perniagaan. Sebelum kita pergi jauh mengupas berkaitan sejarah dan evolusi media sosial. Diterangkan disini apa yang  didefinisikan sebagai media sosial, media sosial adalah sebuah media secara atas talian yang menggunakan jaringan internet, kita sebagai penggunanya boleh berinteraksi dengan mudah, berkongsi idea, mewujudkan blog, jaringan sosial, wikipedia, forum, teks, gambar, video dan dunia virtual.

Sepertimana yang anda tahu blog adalah jaringan sosial dan wikipedia adalah media sosial yang paling banyak digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Jaringan sosial atau rangkaian sosial adalah merupakan  aplikasi yang membolehkan seseorang pengguna berhubung dengan kumpulan atau rangkaian pengguna yang mempunyai minat atau latar belakang yang sama. Berdasarkan kajian Vivian (2002) beliau berpendapat bahawa media sosial adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber maklumat, sumber hiburan dan forum memujuk dan boleh mempengaruhi masyarakat.

Kita juga perlu mengetahui kewujudan internet dimana ianya turut berperanan besar dalam menyalurkan sumber-sumber media sosial, tanpa internet kita tidak akan dapat berhubung dengan media sosial. Internet dapat didefinisikan sebagai gabungan rangkaian komputer yang sangat besar meliputi seluruh dunia yang di hubungkan melalui media penghantaran bagi tujuan perkongsian maklumat dan komunikasi.

Dalam era serba moden ini, bentuk komunikasi manusia sentiasa melalui perubahan hasil perkembangan teknologi, atau revolusi komunikasi yang berbentuk struktural dan teknikal (van Djik, 2006). Daripada era purba kepada era literasi, era percetakan, dan era elektronik, setiap satunya diwakili dengan satu bentuk komunikasi yang spesifik daripada bersifat secara lisan, tulisan, percetakan, dan telekomunikasi yang sebenarnya telah memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat keseluruhannya. Kini,berdasarkan kajian yang dibuat oleh Brody (1990), komunikasi manusia telah memasuki fasa kelima yang menekankan komunikasi interaktif yang ditandai dengan teknologi berasaskan Internet dan pengkomputeran yang telah menyaksikan media baharu atau era media kedua (Poster, 1995; Holmes, 2005) mula mengambil tempat.

Media sosial ini menggabungkan teknologi komputer dan maklumat, rangkaian komunikasi, dan kandungan media digital. Maklumat yang terhasil berbeza dengan teknologi pada era cetak atau penyiaran kerana media baharu ini mempunyai ciri-ciri rangkaian digital, capaian global, interaktif, dan komunikasi yang menggabungkan semua elemen komunikasi lisan, tulisan, visual, data, dan bunyi dengan menggunakan komputer dan alat telekomunikasi bagi menyatukannya dalam satu platform.

Dalam era kini, media baharu dilihat lebih dominan berbanding dengan media tradisional atau media lama. Oleh sebab itu, bentuk masyarakat pada era ini juga turut menyaksikan perubahan. Yang jelas, masyarakat kini tidak lagi hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil atau berpuak, malah era masyarakat massa yang dikaitkan dengan pengaruh media massa semakin hilang dan mulai digantikan dengan struktur masyarakat jaringan yang menyaksikan komunikasi bersemuka semakin dipinggirkan dan ditambah dengan komunikasi berperantaraan. 

Jaringan media sosial mula berkembang luas dengan wujudnya Friendster, MySpace, Facebook, Twitter, Instagram, Path, Bebo, Hi5, Mixi, Pinterest, Ryze.com, Friendster, Xanga, Orkut, dan Google yang terus mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat dunia, jaringan sosial ini telah digunakan secara universal dan meluas. Gelombang baharu laman sosial yang menyasarkan pasaran yang khusus berlaku pada tahun 2003 dan seterusnya dikuatkan lagi dengan kemunculan perkongsian multimedia dan kemampuan pengguna boleh mencipta kandungan mereka sendiri dengan editor WYSIWYG (What You See is What You Get) seperti yang dilakukan oleh MySpace. Ciri baharu ini membolehkan pengguna menghasilkan kandungan yang tersendiri dan ini menjadikan laman sosial sebagai fenomenon global yang sebenar (Harrison & Thomas, 2009). 



Berdasarkan kajian oleh Alexa (2012) telah mencatatkan lima media sosial teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti oleh Twitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest. Facebook yang pada awalnya diasaskan oleh Mark Zuckerberg sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi mahasiswa Harvard sahaja kini menjadi media sosial paling fenomena di dunia. Pada Jun 2011 Facebook melaporkan telah pun mencapai 750 juta pengguna. Manakala Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun 2011. Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media sosial. Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa. 

Dapatlah kita katakan disini apabila Internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju maka media sosial berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan telefon bimbit (Luik 2010). Tidak dapat kita jangkakan bahawa jaringan sosial dalam talian sebagai salah satu platform media sosial kini menjadi sebahagian alat komunikasi amat penting dalam usaha membentuk, mengekalkan dan memperkukuh perhubungan sosial orang ramai. Jaringan sosial dalam talian ini adalah pelbagai dari segi saiz dan tujuannya.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

    1 comment:

    1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

      ReplyDelete