SEJARAH
DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL
Teknologi pada hari ini terus berkembang. Perkembangannya amat pantas untuk diikuti. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja perisian atau gajet baharu. Media sosial pada abad ini adalah merupakan alat perhubungan komunikasi yang amat penting,tidak dinafikan ianya mempunyai peranan besar samada dalam bidang perhubungan sosial dan perniagaan. Sebelum kita pergi jauh mengupas berkaitan sejarah dan evolusi media sosial. Diterangkan disini apa yang didefinisikan sebagai media sosial, media sosial adalah sebuah media secara atas talian yang menggunakan jaringan internet, kita sebagai penggunanya boleh berinteraksi dengan mudah, berkongsi idea, mewujudkan blog, jaringan sosial, wikipedia, forum, teks, gambar, video dan dunia virtual.
Sepertimana
yang anda tahu blog adalah jaringan sosial dan wikipedia adalah media
sosial yang paling banyak digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Jaringan sosial atau rangkaian sosial adalah merupakan aplikasi
yang membolehkan seseorang pengguna berhubung dengan kumpulan atau
rangkaian pengguna yang mempunyai minat atau latar belakang yang
sama. Berdasarkan kajian Vivian (2002) beliau berpendapat bahawa
media sosial adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber
maklumat, sumber hiburan dan forum memujuk dan boleh mempengaruhi
masyarakat.
Kita
juga perlu mengetahui kewujudan internet dimana ianya turut
berperanan besar dalam menyalurkan sumber-sumber media sosial, tanpa
internet kita tidak akan dapat berhubung dengan media sosial.
Internet dapat didefinisikan sebagai gabungan
rangkaian komputer yang sangat besar meliputi seluruh dunia yang di
hubungkan melalui media penghantaran bagi tujuan perkongsian maklumat
dan komunikasi.
Dalam
era serba moden ini, bentuk komunikasi manusia sentiasa melalui
perubahan hasil perkembangan teknologi, atau revolusi komunikasi yang
berbentuk struktural dan teknikal (van Djik, 2006). Daripada era
purba kepada era literasi, era percetakan, dan era elektronik, setiap
satunya diwakili dengan satu bentuk komunikasi yang spesifik daripada
bersifat secara lisan, tulisan, percetakan, dan telekomunikasi
yang sebenarnya telah memberi kesan yang cukup besar kepada
masyarakat keseluruhannya. Kini,berdasarkan kajian yang
dibuat oleh Brody (1990), komunikasi manusia telah memasuki fasa
kelima yang menekankan komunikasi interaktif yang ditandai dengan
teknologi berasaskan Internet dan pengkomputeran yang telah
menyaksikan media baharu atau era media kedua (Poster, 1995; Holmes,
2005) mula mengambil tempat.
Media
sosial ini menggabungkan teknologi komputer dan maklumat, rangkaian
komunikasi, dan kandungan media digital. Maklumat yang terhasil
berbeza dengan teknologi pada era cetak atau penyiaran kerana media
baharu ini mempunyai ciri-ciri rangkaian digital, capaian global,
interaktif, dan komunikasi yang menggabungkan semua elemen komunikasi
lisan, tulisan, visual, data, dan bunyi dengan menggunakan komputer
dan alat telekomunikasi bagi menyatukannya dalam satu platform.
Dalam
era kini, media baharu dilihat lebih dominan berbanding dengan media
tradisional atau media lama. Oleh sebab itu, bentuk masyarakat pada
era ini juga turut menyaksikan perubahan. Yang jelas, masyarakat kini
tidak lagi hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil atau berpuak, malah
era masyarakat massa yang dikaitkan dengan pengaruh media massa
semakin hilang dan mulai digantikan dengan struktur masyarakat
jaringan yang menyaksikan komunikasi bersemuka semakin dipinggirkan
dan ditambah dengan komunikasi berperantaraan.
Jaringan
media sosial mula berkembang luas dengan wujudnya Friendster,
MySpace, Facebook, Twitter, Instagram, Path, Bebo, Hi5, Mixi,
Pinterest, Ryze.com, Friendster, Xanga, Orkut, dan Google yang
terus mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat dunia, jaringan
sosial ini telah digunakan secara universal dan meluas. Gelombang
baharu laman sosial yang menyasarkan pasaran yang khusus berlaku pada
tahun 2003 dan seterusnya dikuatkan lagi dengan kemunculan
perkongsian multimedia dan kemampuan pengguna boleh mencipta
kandungan mereka sendiri dengan editor WYSIWYG (What You See is What
You Get) seperti yang dilakukan oleh MySpace. Ciri baharu ini
membolehkan pengguna menghasilkan kandungan yang tersendiri dan ini
menjadikan laman sosial sebagai fenomenon global yang sebenar
(Harrison & Thomas, 2009).
Berdasarkan
kajian oleh Alexa (2012) telah mencatatkan lima media sosial teratas
di dunia iaitu Facebook, diikuti oleh Twitter, Linkedln, Google+ dan
Pinterest. Facebook yang pada awalnya diasaskan oleh Mark Zuckerberg
sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi
mahasiswa Harvard sahaja kini menjadi media sosial paling fenomena di
dunia. Pada Jun 2011 Facebook melaporkan telah pun mencapai 750 juta
pengguna. Manakala Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun
2006 melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun
2011. Kemampuan
untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih merupakan
faktor pendorong dalam kejayaan media sosial. Hal ini kerana ia
memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses
melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa.
Dapatlah
kita katakan disini apabila Internet dan teknologi telefon
bimbit menjadi semakin maju maka media sosial berkembang pesat juga.
Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh
dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan
menggunakan telefon bimbit (Luik 2010). Tidak dapat kita jangkakan
bahawa jaringan sosial dalam talian sebagai salah satu platform media
sosial kini menjadi sebahagian alat komunikasi amat penting dalam
usaha membentuk, mengekalkan dan memperkukuh perhubungan sosial orang
ramai. Jaringan sosial dalam talian ini adalah pelbagai dari segi
saiz dan tujuannya.
KEPENTINGAN
MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
Di
zaman ini media sosial banyak digunakan oleh masyarakat. Sudah tentu
dengan mempromosikan perniagaan di media sosial dapat meluaskan saham
pasaran. Oleh kerana media sosial ialah cara paling mudah dan tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk memperkenalkan perusahaan perniagaan
kepada umum. Seperti mana strategi pemasaran yang lain media sosial
telah menjadi alat yang dapat membantu untuk mencapai
tujuan. Pemasaran melalui media sosial memerlukan masa dan usaha.
Seseorang usahawan yang bergiat aktif dalam perniagaan perlu memahami
pelanggan sasaran dan mendekati mereka dengan cara yang
terbaik. Usahawan perlu tahu kepentingan mereka, dan memahami apa
kehendak dan keperluan pelanggan. Disertakan disini beberapa
faktor yang menjadikan media sosial sebagai alat perantaraan yang
sangat penting dalam perniagaan : -
-
Sebagai Pusat Jualan -
Jualan
perniagaan akan menjadi lebih mudah dan senang apabila terdapat
banyak sasaran pelanggan yang berpotensi tinggi. Semakin ramai
pelanggan semakin tinggi permintaan barang yang dijual, dapat kita
bayangkan jika kita sebagai usahawan membuka kedai di satu lokasi
yang kurang strategik sudah tentu hasil jualan tidak begitu
memberangsangkan. Oleh sebab itu kita dapat melihat kebanyakan
pasaraya besar dan terkenal seperti Jusco, Giant dan Teasco memilih
untuk membuka cawangan di setiap kawasan yang mempunyai kepadatan
penduduk yang besar. Dengan adanya media sosial usahawan yang
mempunyai kreativiti serta inovasi hanya perlu membuka peluang jualan
yang luas dan memberangsangkan melalui media sosial untuk pasaran.
Ini akan memberi peluang kepada usahawan sebagai platform untuk terus
maju serta berdaya saing seterusnya meningkatkan jualan.
-
Pemasaran Dan Promosi Percuma -
Media
sosial tidak memerlukan peruntukkan atau kos yang tinggi untuk
mendapatkan akaun contohnya facebook dan blog hanya perlu email
sahaja untuk menjana akaun berkenaan. Ianya dapat diperolehi secara
percuma dan mudah. Produk perkhidmatan dan teknik penyampaian yang
baik dalam jualan perniagaan akan menyebabkan pemasaran dan promosi
sacara percuma berlaku. Maklumat akan lebih cepat tersebar di dalam
media sosial kerana berlakunya maklumbalas ataupun perkongsian di
dalam media sosial diantara rakan-rakan pelanggan, selalunya apabila
sesuatu barangan ataupun produk diminati akan berlaku perkongsian
maklumat di dalam group berkenaan secara berterusan sehingga boleh
berkembangan luas sampai ke luar negara.
Proses
ini juga yang dinamakan (Viral Marketing). Walaubagaimanapun
masih ada segelintir usahawan yang menganggap rangkaian sosial
sebagai sesuatu yang agak mahal dan akan mengurangkan nilai jenama
perniagaan mereka. Strategi perniagaan dalam talian mereka biasanya
lebih murah, lebih fokus dan dapat diukur. Oleh yang demikian
dapatlah kita katakan, media atau rangkaian sosial membantu
menjadikan syarikat-syarikat perniagaan lebih telus, mendapat
kepercayaan dan membina kredibiliti melalui komunikasi dengan para
pelanggan.
Di zaman ini, sebelum membuat pembelian, para pelanggan akan mencari maklumat tentang produk yang diperlukan menggunakan enjin carian atau rangkaian sosial. Mereka memperolehi maklumat bukan sahaja berkenaan tawaran semasa, tetapi juga tentang pengalaman pelanggan-pelanggan lain yang telah menggunakan produk tertentu. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan banyak data tentang produk atau perkhidmatan, termasuk maklumat tentang projek baru secara real time. Lebih mudah untuk mendapatkan informasi yang dapat membantu memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan dengan penyertaan yang dapat membawa maklumbalas yang bernilai, dan yang paling baik ialah ianya percuma.
-
Khidmat Pelanggan -
Tiada
cara yang lebih baik untuk memastikan para pelanggan sentiasa gembira
selain daripada menyediakan kaedah yang membolehkan para pelanggan
mendapat maklumat penuh dan sokongan tentang produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan. Rangkaian sosial membolehkan usahawan sentiasa
berkomunikasi dengan pelanggan dan dengan itu memberi perkhidmatan
yang sentiasa diingati dan diganjarkan dengan pembelian baru pada
masa akan datang.
-
Meningkatkan Penglibatan Pelanggan -
Media
sosial boleh dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan penglibatan
pelanggan dalam menambah baik perkhidmatan perniagaan. Media sosial
sebagai platform kolaborasi, membolehkan agensi berkomunikasi secara
pantas tanpa sempadan dengan pelanggan dan organisasi untuk
memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera.
Media sosial dapat menghubungkan organisasi perniagaan dengan
kumpulan sasaran yang luas daripada pelbagai latar belakang sama ada
yang berada dalam atau di luar negara bagi meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan perniagaan organisasi berkenaan.
-
Menjimatkan Kos
Perniagaan
internet memberikan kelebihan iaitu urusan jual beli dapat
dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan
kos.Hal ini demikian kerana, pihak peniaga iaitu usahawan tidak perlu
mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di
tepi-tepi jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain.
Para usahawan juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu
mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan kemudahan
internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan
dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos
pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini
turut memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan
tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh
membuat tempahan melalui Internet sahaja. Ini sangat memudahkan
pelanggan untuk membuat pembelian.
-
Meluaskan Pasaran
Perniagaan
internet juga dapat meluaskan pasaran di serata dunia. Sebagai
contohnya, produk Malaysia seperti barangan kosmetik bukan sahaja
tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan pasarannya ke
luar negara juga seperti Indonesia, Filipina, Singapura, India,
mahupun Amerika Syarikat. Penjualan barang di luar negara bukan
sahaja memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi
keuntungan besar di samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini
berikutan wujudnya pertukaran mata wang asing dalam aktiviti jual
beli antara Malaysia dengan negara luar mula berminat terhadap
barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut kepada
rakan-rakan dagang mereka.
-
Peningkatan Kepada Ekonomi Negara
Perniagaan
internet juga memberikan impak kepada ekonomi negara, lebih-lebih
lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan, kebiasaannya
setiap hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk pelancongan
mereka iaitu dengan membuat promosi mereka melalui internet supaya
pasaran akan lebih luas sehingga ke luar negara. Keadaan ini dapat
menarik pelancong yang lebih banyak untuk datang dan bercuti ke
Malaysia. Pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing bukan
sahaja meningkat, malah persaingan antara negara maju yang lain juga
dapat diatasi. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara Malaysia juga
mampu memberikan saingan yang hebat dalam sektor pelancongan melalui
penggunaan alatan yang canggih dan berteknologi tinggi.
PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL
Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.
Perdagangan
Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic
Commerce). E-dagang
menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan
pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan,
syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik
yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah
syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana
sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di
negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar
pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh
diabaikan.
Salah
satu perantara perniagaan yang paling banyak digunakan adalah blog,
blog dikatakan
bermula dari era tahun 1990 lagi dengan aplikasi-aplikasi tertentu
seperti board perbincangan (forum). Bermula daripada aplikasi
tersebut maka lahirlah aplikasi blog yang dikenali sebagai online
jurnal atau online diary dalam sekitar tahun 1994-2001. Dalam tahun
2001-2004, blog banyak digunakan untuk penulisan mengenai isu semasa
terutama politik. Perubahan atau wujudnya perisian-perisian blog yang
mudah untuk digunapakai menyebabkannya digunakan secara meluas di
dalam penyampaian sesuatu berita atau informasi.
Penggunaan
blog yang pada asalnya lebih bersifat peribadi kini telah
diadaptasikan untuk perniagaan, menjana pendapatan dan sebagai satu
fungsi pemasaran yang berkesan. Secara amnya kini blog berupaya
menjadi satu medium untuk membina kredibiliti, menunjukkan kepakaran
usahawan, tempat mempromosi produk atau servis dan berinterasi dengan
pengguna atau pelawat. Blog
kian popular bagi individu yang baru berkecimpung dalam dunia
perniagaan dan membantu mereka dalam mempromosi dan memperkenalkan
produk mereka sehingga ke seluruh pelosok dunia
Blog perniagaan yang
diwujudkan akan merintis kemungkinan sesebuah perniagaan
kecil dengan peluang untuk berkongsi kepakaran,
pengetahuan malah dengan pasaran dan khalayak yang
lebih besar terutamanya melibatkan peringkat global. Hal ini amat
bermanfaat untuk perunding dan pekerja berpengetahuan
dalam usaha menjadikan sesebuah industri lebih berdaya
saing. Perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial
sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan
sahaja percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini
bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi
laman sosial.
Selain
blog, Facebook juga merupakan salah satu hasil ciptaan dalam
perkembangan dunia teknologi hari ini (Iskandar 2010) yang digunakan
dalam teknologi internet. Facebook adalah salah satu media
perhubungan sosial yang sangat terkenal (Iskandar,2010). Melalui
Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh memaparkan apa sahaja yang
mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook
seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak
lagi.
Facebook
turut menjadi perantara penting dalam perniagaan tidak dinafikan
Facebook adalah sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda
masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook
adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika
diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya
facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin
luas. Biasanya
mereka yang berniaga akan memasukkan produk-produk terbaru dalam
bahagian utama Facebook untuk paparan semua. Setiap produk yang
terbaru dan promosi-promosi produk boleh dipaparkan di laman utama
Facebook ini.
Dengan
kemampuan ini, penyebaran berkenaan perniagaan dan produk-produk
jualan ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua
rakan usahawan akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu produk
yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau
respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman
Facebook mereka. Ia mudah untuk mendapatkan sasaran pasaran.
Oleh itu, apabila usahawan ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, ianya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan usahawan berkenaan. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat maklumat terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas dikemaskini melalui laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.
Oleh itu, apabila usahawan ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, ianya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan usahawan berkenaan. Dalam sehari jutaan pengguna Facebook akan melihat maklumat terbaru dalam halaman utama Facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas dikemaskini melalui laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang menjalankan perniagaan Internet, walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan Internet semakin mendapat sambutan hangat . Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa sempadan ini, internet menjadi salah satu kewajipan yang perlu ada di setiap rumah.Jelas bahawa trend ke arah komunikasi berbentuk jaringan boleh dilihat di Malaysia apabila semakin ramai yang menggunakannya media baharu yang baharu ini.
Dengan
kadar penembusan jaringan sosial di Malaysia yang agak tinggi dan
masa yang diluangkan oleh setiap pengguna, iaitu antara satu hingga
dua jam, malah ada yang melebihi dua jam pada satu-satu sesi log
masuk atau sehingga 20 jam seminggu, ini menunjukkan masyarakat di
Malaysia sama seperti yang dialami di peringkat global mengalami
transisi dalam bentuk komunikasi atau interaksi sosial mereka yang
menyaksikan pembentukan masyarakat jaringan dengan meluasnya
penggunaan jaringan sosial dalam talian yang merupakan salah satu
platform media sosial hasil daripada perkembangan teknologi media
baharu yang sentiasa berubah.
Bilangan
pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang
pada 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut
Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.
Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula
meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan
kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini
terdapat 42.6 juta langganan. Statistik juga menunjukkan lebih
banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding
penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia
hamper mencecah RM5 bilion pada 2014 berbanding RM1.8 bilion pada
2010.
Menurut
laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi
purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini
dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan
tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan
dalam talian. Tambahan pula pembelian melalui Internet telah
dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan
dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan berkenaan, peningkatan
jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan
potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
Perdagangan
elektronik (E-dagang) dijangka terus mencatatkan
pertumbuhan memberangsangkan walau berhadapan ketidak tentuan
ekonomi dengan unjuran bakal
melebihi RM1.9 bilion di Malaysia menjelang 2016, menurut kaji
selidik Euromoney.Pada 2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam
talian berjumlah RM842 juta. Laporan global yang dikeluarkan JP
Morgan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang di seluruh dunia
dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini.
Berdasarkan maklumat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno berkata, tinjauan hadapan yang
positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia
memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki
pasaran tempatan. Kita menyaksikan potensi yang besar dalam pasaran
e-dagang di Malaysia dengan pengembangan sektor ini disokong oleh
penggunaan Internet serta inovasi teknikal yang telah mengubah
hubungan penjual dan pembeli. Dalam tempoh 12 bulan akan datang,
terdapat lima trend utama yang dijangka berlaku dan membentuk masa
hadapan perbelanjaan dalam talian di seluruh dunia. Sehingga tahap
mana perniagaan di Malaysia menerima trend tersebut bakal membentuk
kemampuan mereka dalam memaksimumkan pengembangan industri e-dagang
tempatan,'' katanya.
Tambah
Ueno, trend-trend tersebut termasuk semakan pencarian dalam talian
akan diterjemah kepada pembelian, peniaga-peniaga kecil akan
menggunakan saluran mudah alih, dagangan tablet akan membuka
pengalaman dalam talian yang baru, lebih banyak orang akan
menggunakan rangkaian sosial untuk membeli belah dan model
penghantaran tempatan lebih fleksibel akan membuat pelanggan lebih
setia.
Industri
e-dagang global telah mengalami era menarik dengan evolusi pantas dan
inovasi teknologi. Peningkatan peralatan mudah alih telah membuka
ruang baru dan menarik untuk peruncit untuk mendekati pelanggan
mereka. Ia juga menggalakkan untuk melihat rakyat Malaysia adalah
bersemangat untuk menggunakan inovasi mudah alih yang menunjukkan
kematangan pengguna tempatan, jelasnya.
Ueno
berkata, pihaknya optimistik pasaran akan terus berubah dengan
integrasi inovasi lebih kreatif dalam peralatan mudah alih.
Trend-trend tersebut akan dimanfaatkan oleh perniagaan di Malaysia,
dan ia akan merangsang dan membentuk pasaran e-dagang yang merupakan
pertumbuhan kritikal untuk ekonomi.
CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
-
Kurang Interaksi Sosial -
Kebanyakkan
perniagaan dalam talian dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan
ini memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial
seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat.
Hampir kesemua komunikasi talian perniagaan ini dilakukan dengan
menggunakan email, IM, skpe, dan facebook dan keadaan ini menyukarkan
interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan yang melibatkan
pertentangan mata.
-
Memerlukan Kemahiran Komputer Dan Teknologi Maklumat -
Sudah
tentu anda memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan teknologi
maklumat jika mahu menceburi bidang perniagaan dalam talian ini.
Usahawan perlu mempelajari kemahiran berkenaan terlebih dahulu
sebelum dapat mengendalikan talian pernigaan. Sekiranya tidak mahir
ia agak sukar untuk seseorang usahawan untuk mempraktikkan perniagaan
secara talian.
-
Sukar Mendapat Kepercayaan Dari Pembeli -
Untuk
maju dalam perniagaan melibatkan talian (online), usahawan perlu
mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan terlebih dahulu. Usahawan
perlu yakinkan mereka mengenai produk yang ditawarkan
serta meyakinkan mereka mengenai keselamatan wang mereka. Memang
sudah menjadi norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan
membuatkan mereka berfikir tiga empat kali sama ada mahu membeli atau
tidak. Ramai pengguna yang masih takut untuk membelanjakan duit
mereka secara online. Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di
kedai-kedai biasa.
-
Kurang Dikenali Pengguna Offline -
Walaupun
bilangan pengguna internet kian meningkat saban hari, namun jumlah
mereka yang tidak menggunakan atau kurang menggunakan internet juga
masih sangat ramai. Jadi apabila usahawan mempunyai perniagaan dalam
talian yang hanya beroperasi secara online, ianya sukar mendapat
pengiktirafan dari pengguna offline.
-
Keselamatan Data -
Untuk
melakukan transaksi online ketika membuat pembelian barangan, sesuatu
laman web itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat
peribadi yang lain untuk disimpan dalam data pelanggan perniagaan
yang beroperasi melalui laman web tersebut. Walaupun terdapat polisi
keselamatan data yang menjamin bahawa maklumat peribadi tidak akan
dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah sebenarnya maklumat itu
terbongkar melalui aktiviti 'hacking' yang dilakukan oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab yang sekarang ini sering sahaja berlaku.
Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan data
sesebuah laman web dan para hacker itu akan mencuri data-data
pengguna laman web tersebut. Data yang biasa mereka curi ialan
senarai email dan maklumat akaun bank atau kad kredit.
-
Kesahihan Maklumat -
Maklumat
yang tepat dan sahih penting bagi memastikan tidak akan berlakunya
pemalsuan fakta. Semua maklumat yang diterima haruslah dipastikan
dahulu kebenarannya.Hal ini berikutan kerana banyak maklumat yang
dipaparkan di dalam media sosial tidak benar dan hanya untuk tujuan
publisiti sahaja. Selain itu, ada antara maklumat yang disampaikan
oleh seseorang individu itu hanya bertujuan untuk mengelirukan
pengguna. Ada juga kes yang melibatkan produk-produk perkhidmatan
yang dijual di talian sebenarnya tidak wujud dan ini sering berlaku
kepada pelanggan-pelanggan sekiranya tidak mendapatkan maklumat yang
sahih sebelum pembelian dibuat. Oleh yang demikian, hal ini
memberikan cabaran yang amat besar dalam proses penyebaran maklumat
melalui media sosial ini.
-
Kerenah Pelanggan -
Peniaga
terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan. Sebagai contohnya,
walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat banyak lagi
anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat.
Usahawan juga terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering
tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya
membuat pilihan melalui iklan dalam Internet sahaja. Keadaan ini juga
memberikan impak kepada usahawan yang terpaksa mengeluarkan kos yang
lebih tinggi untuk menghantar barang yang lain itu semula demi
kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu
cerewet dan menyusahkan peniaga atau usahawan internet. Keadaan ini
berlaku kepada usahawan yang mengamalkan konsep bayar, terima dan
guna iaitu pembeli terpaksa membayar harga barangan tersebut terlebih
dahulu sebelum menghantar barangan.
Kita ambil contohnya dalam sektor pelancongan, kebanyakan pelanggan membuat aduan bahawa tempat-tempat percutian yang telah ditempah melalui iklan dalam Internet tidak secantik mana, seperti mana yang ditunjukkan melalui iklan dalam Internet. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan, malah mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang kebanyakannya tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.
FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Perniagaan
internet mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan perniagaan
konvensional yang biasa. Ini menjadikan perniagaan internet sebagai
perniagaan yang unik dan semua orang perlu mengambil peluang ini
sebaiknya. Berikut beberapa faktor yang mendorong kepada penggunaan
media sosial khususnya dalam bidang perniagaan :
-
Risiko Yang Rendah
Perniagaan
internet meletakkan usahawan berada dalam risiko perniagaan yang
rendah. Jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini seperti
kebakaran, malapetaka seperti banjir besar ataupun gempa bumi , sudah
tentu perniagaan akan selamat kerana laman web tidak akan musnah
disebabkan kejadian-kejadian tadi. Jika berlaku kepada perniagaan
konvensional, sudah tentu usahawan berkenaan akan mengalami kerugian
yang besar.
-
Penjimatan
Perniagaan
secara atas talian atau ‘online’ tidak memerlukan seseorang
usahawan untuk menyewa kedai bagi memperakan barang-barang
mereka.Pengiklanan dan paparan produk atau perkhidmatan boleh
dipaparkan di blog sahaja.
- Tidak Memerlukan Pekerj Yang Ramai
Secara
umumnya, perniagaan online kurang memerlukan pekerja malah dalam
kebanyakkan keadaan, usahawan yang menceburi perniagaan online
menggunakan blog hanya menguruskan sendiri atau dibantu oleh ahli
keluarga sahaja.
-
Masa Tidak Terhad/24 jam
Bagi
para usahawan yang hanya melibatkan diri di dalam perniagaan secara
separuh masa, mereka masih boleh menguruskan tempahan yang diterima
pada bila-bila masa seperti di luar waktu pejabat. Melalui
perniagaan internet juga , tiada had batasan waktu operasi.
Perniagaan beroperasi 24 jam. Pada bila-bila masa 24 jam
sehari 365 hari setahun, laman web usahawan akan dilayari oleh
pengguna internet merangkap pelanggan.Tidak seperti perniagaan
konvensional nak terikat dengan waktu operasi.
-
Modal Permulaan Adalah Kecil
Perniagaan
internet tidak memerlukan modal permulaan yang besar
seperti perniagaan konvensional. Usahawan boleh menjalankan
perniagaan internet bermula dengan modal serendah RM 100 sehinggan RM
200. Sudah cukup untuk usahawan menjalankan perniagaan di
peringkat tempatan dan antarabangsa.
-
Potensi Pelanggan Yang Besar
Internet
adalah dunia yang tidak bersempadan. Begitu juga dengan pelanggan,
pelanggan yang terdiri dari seluruh pelusuk dunia. Apabila in berlaku
perniagaan akan menjadi perniagaan antarabangsa. Jika begitu,
seseorang usahawan itu boleh mendapat pendapatan berlipat kali ganda
di dalam perniagaan internet.
-
Tidak Memerlukan Stok & Kedai
Perniagaan
Internet tidamemerlukan para usahawan memiliki kedai yang nyata atau
pun sejumlah stok jika usahawan berkenaan menjalankan
perniagaan berasaskan produk digital ataupun perkhidmatan.
Segala-galanya seperti tapak, kedai & stok berada di
hosting. Ini sudah tentu menjimatkan wang usahawan tanpa menyewa
dimana-mana kedai, sepertimana yang diketahui sekarang untuk
menyewa sebuah kedai ianya
amat memerlukan modal yang agak besar dan akan membebankan usahawan
yang baharu bermula.
-
Perniagaan yang kukuh
Jika
usahawan menjalankan perniagaan offline sudah pasti seseorang
usahawan itu mempunyai pesaing disekeliling. Jika tidak ada
sekarang pun, sudah pasti pesaing akan muncul pada
masa yang akan datang. Jadi dengan membina laman web untuk perniagaan
setidak-tidaknya usahawan berkenaan berada lebih jauh dengan pesaing.
Ini bermakna perniagaan akan lebih dikenali daripada
pesaing yang ada.
KESIMPULAN
Di
dalam dunia perniagaan yang kian mencabar dan berdaya saing seiringan
dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, para usahawan
senantiasa berusaha untuk meningkatkan pasaran dengan pelbagai cara
untuk mempromosi produk mereka seperti menggunakan blog, media sosial
dan laman web yang menyediakan perkhidmatan perniagaan dalam talian
contoh yang boleh kita lihat adalah melalui Lazada.com, Mudah.com dan
Lelong yang sering menjadi platform kepada usahawan untuk menjalankan
perniagaan melalui talian.
Justeru
itu, pemilihan medium pengiklanan dan promosi yang berkesan serta
bertepatan dengan ciri-ciri yang dikehendaki berkaitan produk dan
perkhidmatan adalah amat penting kepada setiap usahawan. Penggunaan
blog yang bersifat lebih professional dan fleksibel daripada segi
rekabentuk gambar dipaparkan, video dan informasi berkaitan sesuatu
produk atau perkhidmatan dilihat lebih sesuai bagi sesebuah entiti
perniagaan.Teknologi media sosial masa kini membolehkan setiap blog
dapat dihubungkan terus dengan mana-mana rangkaian laman sosial
seperti facebook, twitter, flickr, tumblr, linkedin dan sebagainya
bagi memudahkan maklumat terbaru dikemaskini serta disampaikan kepada
pengguna sasaran.
Pengguna
kini bebas dan berpeluang membuat pilihan dan mengenalpasti dengan
lebih dekat sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi laman web
seperti blog ataupun Facebook kerana boleh dilakukan tanpa mengira
waktu.Walaubagaimanapun, para usahawan yang menjalankan perniagaan
menerusi media massa perlu terus mengekalkan etika dan lebih berhemah
agar tidak berlaku penipuan kerana mereka masih tertakluk kepada
batasan undang-undang. Jelaslah disini media massa sememangnya
memainkan peranan sangat penting kepada usahawan-usahawan dalam
memasarkan produk dan perkhidmatan kepada
pelanggan-pelanggan sehingga ke peringkat global.
RUJUKAN
:
Jurnal
Pengajian Media Malaysia, Malaysian Journal of Media StudiesVol. 13,
No. 2, 2011 Pages 93–110 : Dimuat turun pada 12.11.2015
Http://www.pcb.gov.my-
MAMPU.www.mampu.gov.my : Dimuat turun pada 30.11.2015
Http://www.ukm.my/jkom/journal/Jurnal
Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 29(2) 2013:
125-140 : Dimuat turun pada 1/12/2015
Http://tipsbisnesonline.blogspot.my/:
Dimuat
turun pada 10.11.2015
Http://www.sinarharian.com.my/bisnes
:
Dimuat
turun pada 2.12.2015
Http://www.usahawan.com:
Dimuat
turun pada 2.12.2015
Http://usahawanmalaysia.com
:
Dimuat
turun pada 2.12.2015
Http://www.businessweek.com/magazine/content/05_18/b3931001_mz001.htm
:
Dimuat
turun pada 12.11.2015
Http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com:
Dimuat turun pada 2.12.2015
Iskandar
Ab Rashid. 2010. Kagumkan kawan-kawan dengan Facebook.
Sesawang
Sosial. Perpustakaan Negara Malaysia, hlm 1-5: Dimuat turun pada
4.12.2015
Http://mzulfadhli.blogspot.com:
Dimuat turun pada 2.12.2015
Http://www.ceritaim.com/pentingnya-laman-sosial-dalam-perniagaan.html
Dimuat
turun pada 2/11/2015 - hzam Khairi
Http://blogcikgusabri.blogspot.my:
Dimuat
turun pada 2/11/2015
Http://mygreenztech-sukses-niaga.blogspot.my.Dimuat
turuun pada -2/11/2015
Http://usahawanmalaysia.com/bisnes-online-bagaimana-nak-mula
:
Dimuat
turun pada 5.12.2015
Http://www.sugikshare.blogspot. Dimuat
turun pada 3/11/2015 by Sugik Almantara
Apakah Anda memerlukan pinjaman segera untuk melunasi hutang Anda atau apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memperbaiki bisnis Anda? Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Sudahkah anda ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Cari tidak lebih karena kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda terjadi di masa lalu !! Kami meminjamkan kepada perusahaan, entitas swasta dan individu dengan bunga rendah dan harga terjangkau 2%. Anda bisa menghubungi kami melalui e-mail via: (ivanaluka04@gmail.com)
ReplyDeleteAPLIKASI DATA
1) nama ...........................
2) Negara .......................
3) Alamat ......................
4) Jenis Kelamin ........................
5) status perkawinan .............
6) Bekerja ................
7) Nomor Telepon ...........
8) posisi di tempat kerja .....
9) penghasilan bulanan ....................
10) total pinjaman .........
11) durasi pinjaman .....
12) Tujuan pinjaman ..................
13) Tanggal lahir ........................
Terima kasih.
Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda ingin memenuhi impian anda dengan dana? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
ReplyDeleteAdakah anda mengalami kesukaran mendapatkan pinjaman daripada Peminjam atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
Kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.
Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel: {gloriasloancompany@gmail.com} atau WhatsApp Number: +1 (361) 645-7557
Selamat sejahtera
Hai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik
ReplyDeleteContact Details:
e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
WhatsApp:::+6282274045059
Company::Iskandar Lenders"""""
Loan Amount:::Rp.700juta
Name:::::Angga Annisa
Country::::Indonesia
Occupation:Trader
Year:April,2020
Jumlah minimum>>>>>>Rp.100 juta
Jumlah maksimum>>>>>Rp.100 miliar
Negara: Indonesia
ReplyDeleteWhatsApp: +62 838-3669-4853
Alamat: Surabaya
email saya: nurbrayani750@gmail.com
nama saya Nurbrayani, saya ingin bersaksi tentang pekerjaan ALLAH yang baik dalam hidup saya, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak pemberi pinjaman palsu ada di internet, tetapi mereka sangat asli dalam pemberi pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari pemberi pinjaman 2 kredit yang curang, saya kehilangan banyak uang karena saya sedang mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan teman saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman pinjaman yang andal. Ny. Alicia Radu Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp350.000.000 dari Ny. Alicia Radu dengan sangat mudah dalam 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk membagikan pekerjaan yang baik dari ALLAH melalui Bunda Alicia Radu dalam kehidupan keluarga saya.
Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui email: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (nurbrayani750@gmail.com)
Nomor WhatsApp saya: +62 838-3669-4853
jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu
Getting a legitimate loan has always been a big problem for customers who have financial problems and need a solution. The question of credit worthiness and collateral is something customers always worry about when looking for a loan from a legitimate lender. Meanwhile, we made that difference. Howard Financial can arrange a loan within the range of €10,000 to €500,000.00 at an interest rate of only 4%.
ReplyDeleteNote: If interested, kindly send an email directly to us and additional requirements will be communicated to you by our online agents to get started with your desired loan amount.
Contact via email: Howardfinancial@consultant.com
Whatsapp: +1 210 775-1230
Best Wishes.