Pages

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL





Perniagaan internet mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan perniagaan konvensional yang biasa. Ini menjadikan perniagaan internet sebagai perniagaan yang unik dan semua orang perlu mengambil peluang ini sebaiknya. Berikut beberapa faktor yang mendorong kepada penggunaan media sosial khususnya dalam bidang perniagaan :
  •      Risiko Yang Rendah 
Perniagaan internet meletakkan usahawan berada dalam risiko perniagaan yang rendah. Jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini seperti kebakaran, malapetaka seperti banjir besar ataupun gempa bumi , sudah tentu perniagaan akan selamat kerana laman web tidak akan musnah disebabkan kejadian-kejadian tadi. Jika berlaku kepada perniagaan konvensional, sudah tentu usahawan berkenaan akan mengalami kerugian yang besar.
  •       Penjimatan 
Perniagaan secara atas talian atau ‘online’ tidak memerlukan seseorang usahawan untuk menyewa kedai bagi memperakan barang-barang mereka.Pengiklanan dan paparan produk atau perkhidmatan boleh dipaparkan di blog sahaja. 
  • Tidak Memerlukan Pekerj Yang Ramai 
Secara umumnya, perniagaan online kurang memerlukan pekerja malah dalam kebanyakkan keadaan, usahawan yang menceburi perniagaan online menggunakan blog hanya menguruskan sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga sahaja.  
  • Masa Tidak Terhad/24 jam 
Bagi para usahawan yang hanya melibatkan diri di dalam perniagaan secara separuh masa, mereka masih boleh menguruskan tempahan yang diterima pada bila-bila masa seperti di luar waktu pejabat. Melalui perniagaan internet juga , tiada had batasan waktu operasi. Perniagaan  beroperasi 24 jam. Pada bila-bila masa 24 jam sehari 365 hari setahun, laman web usahawan akan dilayari oleh pengguna internet merangkap pelanggan.Tidak seperti perniagaan konvensional nak terikat dengan waktu operasi.
  •       Modal Permulaan Adalah Kecil
Perniagaan internet tidak memerlukan modal permulaan yang besar seperti perniagaan konvensional. Usahawan boleh menjalankan perniagaan internet bermula dengan modal serendah RM 100 sehinggan RM 200. Sudah cukup untuk usahawan menjalankan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.


  •      Potensi Pelanggan Yang Besar
Internet adalah dunia yang tidak bersempadan. Begitu juga dengan pelanggan, pelanggan yang terdiri dari seluruh pelusuk dunia. Apabila in berlaku perniagaan akan menjadi perniagaan antarabangsa. Jika begitu, seseorang usahawan itu boleh mendapat pendapatan berlipat kali ganda di dalam perniagaan internet.
  •      Tidak Memerlukan Stok & Kedai 
Perniagaan Internet tidamemerlukan para usahawan memiliki kedai yang nyata atau pun sejumlah stok jika usahawan berkenaan menjalankan perniagaan berasaskan produk digital ataupun perkhidmatan. Segala-galanya seperti tapak, kedai & stok berada  di hosting. Ini sudah tentu menjimatkan wang usahawan tanpa menyewa dimana-mana kedai, sepertimana yang diketahui sekarang untuk menyewa sebuah kedai  ianya amat memerlukan modal yang agak besar dan akan membebankan usahawan yang baharu bermula. 
  •     Perniagaan yang kukuh     
Jika usahawan menjalankan perniagaan offline sudah pasti seseorang usahawan itu mempunyai pesaing disekeliling. Jika tidak ada sekarang pun, sudah pasti pesaing  akan muncul pada masa yang akan datang. Jadi dengan membina laman web untuk perniagaan setidak-tidaknya usahawan berkenaan berada lebih jauh dengan pesaing. Ini bermakna perniagaan  akan lebih dikenali daripada pesaing yang ada.


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

    No comments:

    Post a Comment