Pages

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN





Di zaman ini media sosial banyak digunakan oleh masyarakat. Sudah tentu dengan mempromosikan perniagaan di media sosial dapat meluaskan saham pasaran. Oleh kerana media sosial ialah cara paling mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memperkenalkan perusahaan perniagaan kepada umum. Seperti mana strategi pemasaran yang lain media sosial telah menjadi alat yang dapat membantu  untuk mencapai tujuan. Pemasaran melalui media sosial memerlukan masa dan usaha. Seseorang usahawan yang bergiat aktif dalam perniagaan perlu memahami pelanggan sasaran  dan mendekati mereka dengan cara yang terbaik. Usahawan perlu tahu kepentingan mereka, dan memahami apa kehendak dan keperluan pelanggan. Disertakan disini beberapa faktor yang menjadikan media sosial sebagai alat perantaraan yang sangat penting dalam perniagaan : -
  • Sebagai Pusat Jualan - 
Jualan perniagaan akan menjadi lebih mudah dan senang apabila terdapat banyak sasaran pelanggan yang berpotensi tinggi. Semakin ramai pelanggan semakin tinggi permintaan barang yang dijual, dapat kita bayangkan jika kita sebagai usahawan membuka kedai di satu lokasi yang kurang strategik sudah tentu hasil jualan tidak begitu memberangsangkan. Oleh sebab itu kita dapat melihat kebanyakan pasaraya besar dan terkenal seperti Jusco, Giant dan Teasco memilih untuk membuka cawangan di setiap kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar. Dengan adanya media sosial usahawan yang mempunyai kreativiti serta inovasi hanya perlu membuka peluang jualan yang luas dan memberangsangkan melalui media sosial untuk pasaran. Ini akan memberi peluang kepada usahawan sebagai platform untuk terus maju serta berdaya saing seterusnya meningkatkan jualan.
  • Pemasaran Dan Promosi Percuma -  
Media sosial tidak memerlukan peruntukkan atau kos yang tinggi untuk mendapatkan akaun contohnya facebook dan blog hanya perlu email sahaja untuk menjana akaun berkenaan. Ianya dapat diperolehi secara percuma dan mudah. Produk perkhidmatan dan teknik penyampaian  yang baik dalam jualan perniagaan akan menyebabkan pemasaran dan promosi sacara percuma berlaku. Maklumat akan lebih cepat tersebar di dalam media sosial kerana berlakunya maklumbalas ataupun perkongsian di dalam media sosial diantara rakan-rakan pelanggan, selalunya apabila sesuatu barangan ataupun produk diminati akan berlaku perkongsian maklumat di dalam group berkenaan secara berterusan sehingga boleh berkembangan luas sampai ke luar negaraProses ini juga yang dinamakan (Viral Marketing). Walaubagaimanapun masih ada segelintir usahawan yang menganggap rangkaian sosial sebagai sesuatu yang agak mahal dan akan mengurangkan nilai jenama perniagaan mereka. Strategi perniagaan dalam talian mereka biasanya lebih murah, lebih fokus dan dapat diukur. Oleh yang demikian dapatlah kita katakan, media atau rangkaian sosial membantu menjadikan syarikat-syarikat perniagaan lebih telus, mendapat kepercayaan dan membina kredibiliti melalui komunikasi dengan para pelanggan.

Di zaman ini, sebelum membuat pembelian, para pelanggan akan mencari maklumat tentang produk yang diperlukan menggunakan enjin carian atau rangkaian sosial. Mereka memperolehi maklumat bukan sahaja berkenaan tawaran semasa, tetapi juga tentang pengalaman pelanggan-pelanggan lain yang telah menggunakan produk tertentu. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan banyak data tentang produk atau perkhidmatan, termasuk maklumat tentang projek baru secara real time. Lebih mudah untuk mendapatkan informasi yang dapat membantu memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan dengan penyertaan yang dapat membawa maklumbalas yang bernilai, dan yang paling baik ialah ianya percuma.
  •  Khidmat Pelanggan -
Tiada cara yang lebih baik untuk memastikan para pelanggan sentiasa gembira selain daripada menyediakan kaedah yang membolehkan para pelanggan mendapat maklumat penuh dan sokongan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rangkaian sosial membolehkan usahawan sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan dan dengan itu memberi perkhidmatan yang sentiasa diingati dan diganjarkan dengan pembelian baru pada masa akan datang.
  • Meningkatkan Penglibatan Pelanggan -
Media sosial boleh dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan penglibatan pelanggan dalam menambah baik perkhidmatan perniagaan. Media sosial sebagai platform kolaborasi, membolehkan agensi berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan pelanggan dan organisasi untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Media sosial dapat menghubungkan organisasi perniagaan dengan kumpulan sasaran yang luas daripada pelbagai latar belakang sama ada yang berada dalam atau di luar negara bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan perniagaan organisasi berkenaan.
  • Menjimatkan Kos  
Perniagaan internet memberikan kelebihan iaitu  urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos.Hal ini demikian kerana, pihak peniaga iaitu usahawan tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Para usahawan juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan kemudahan internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh membuat tempahan melalui Internet sahaja. Ini sangat memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian.
  • Meluaskan Pasaran 
Perniagaan internet juga dapat meluaskan pasaran di serata dunia. Sebagai contohnya, produk Malaysia seperti barangan kosmetik bukan sahaja tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan pasarannya ke luar negara juga seperti Indonesia, Filipina, Singapura, India, mahupun Amerika Syarikat. Penjualan barang di luar negara bukan sahaja memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi keuntungan besar di samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berikutan wujudnya pertukaran mata wang asing dalam aktiviti jual beli antara Malaysia dengan negara luar mula berminat terhadap barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut kepada rakan-rakan dagang mereka.
  • Peningkatan Kepada Ekonomi Negara 
Perniagaan internet juga memberikan impak kepada ekonomi negara, lebih-lebih lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan, kebiasaannya setiap hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk pelancongan mereka iaitu dengan membuat promosi mereka melalui internet supaya pasaran akan lebih luas sehingga ke luar negara. Keadaan ini dapat menarik pelancong yang lebih banyak untuk datang dan bercuti ke Malaysia. Pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing bukan sahaja meningkat, malah persaingan antara negara maju yang lain juga dapat diatasi. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara Malaysia juga mampu memberikan saingan yang hebat dalam sektor pelancongan melalui penggunaan alatan yang canggih dan berteknologi tinggi.




Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

    No comments:

    Post a Comment